<<<....SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK SERI RASAU DUNGUN.... >>>

Saturday 16 January 2016

Blog Rasmi SMK Seri Rasau Dilancarkan 2016

MUHAMMAD BIN MAT AMIN
                    Pengetua
               SMK Seri Rasau.

Assalamualakikum w.r.t,
Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa pengurusan ICT Sekolah 2016 yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan blog ini.  Adalah diharapkan blog ini akan dijadikan rujukan dan garis panduan dalam menjalankan tugas harian serta menjadi rujukan pihak luar
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SERASA di atas komitmen yang telah ditunjukkan pada tahun 2015. Semoga ia dapat diteruskan bagi tahun 2016 ini disamping meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten dalam segala urusan kerja Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semasa

Saya mengharapkan semua warga SERASA dapat sama-sama mengembleng tenaga dalam melaksanakan apa jua program dan aktiviti yang telah dirancang agar semuanya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya. Saya juga mengharapkan agar kita dapat memupuk semangat bekerjasama, muafakat dan bekerja sebagai satu pasukan disamping memberi komitmen yang tinggi dalam apa jua tugasan yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan akan dapat dikecapi. Kita berhasrat untuk melahirkan murid-murid SMK Seri Rasau yang mempunyai budi pekerti yang luhur, berdisiplin dan bersemangat untuk belajar supaya mereka menjadi warganegara yang berguna. Oleh itu jadikan pembelajaran dan pengajaran sebagai kerja utama di samping tugas-tugas kita yang lain. 
Akhir kata saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SERASA yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu kerja ke arah meningkatkan kualiti minda kelas pertama. Semoga apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah s.w.t. jua. Marilah kita bekerja dengan penuh tulus ikhlas, jujur, amanah, berintegriti, bersemangat dan berazam untuk merealisasikan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dan Merealisasikan Transformasi Terengganu (MTP) demi kemajuan dan kecemerlangan SERASA selaras dengan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejajar dengan slogan kita;

‘SEDERAP MENGGAPAI KECEMERLANGAN SUATU REALITI’.